may peace be upon ye....
On a forthnight ago, I had the chance attending an Islamic Study Circle (au fil lughatul arabiah-usrah) which held at the Muslim Youth Foundation, in the heart of Piccadilly,Manchester. I've found it interesting for us to ponder upon and hence, I've attached the note obtained for our reference.
Enjoy reading !!!
Love,
ZackIdris @ AJA-AJA FIGHTING
DASAR PERTAMA
ISLAM adalah satu sistem yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah pengetahuan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang tepat dan ibadah yang sahih, kesemuanya adalah sama sahaja di sisi kita.
ISLAM adalah satu sistem yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah pengetahuan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang tepat dan ibadah yang sahih, kesemuanya adalah sama sahaja di sisi kita.
- Kepentingan memahami ISLAM yang syumul
- Dalil-dalil kesyumulan ISLAM dari Al-Quran
- Bahaya memahami ISLAM secara silap (orang buta dengan gahajh)
- Bentuk-bentuk penyelewengan dalam memahami ISLAM dalam masyarakat dan kesannya
- Sekularisma dan bahayanya
- Mutakamil ISLAM
DASAR KEDUA
Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum ISLAM. Al-Quran difahami berdasarkan kaedah bahasa Arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan terlalu memudahkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan merujuk kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.
- Betul dan ikhlas adalah syarat amalan diterima
- Penentu kepada betul dan salah ialah Al-Quran dan Hadis
- Jaminan tidak akan sesat siapa yang berpegang dengan keduanya
- Bahaya terlalu menyukarkan/membincangkan suatu yang tidak perlu atau terlalu
mempermudahkan dalam memahami Al-Quran. Umar pernah menghukum Sabigh kerana
banyak bertanya tentang makna "Mursalat"
- Kepentingan memahami Al-Quran dalam Bahasa Arab
- Kepentingan rijal hadis dalam memahami hadis dan kepentingan memastikan kesahihan hadis
DASAR KETIGA
IMAN yang benar, ibadah yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil hukum syariah.
- Kelebihan Allah diberikan kepada:IMAN yang benar dan bersih, ibadah yang betul dari bebas
dari bid'ah serta mujahadah yang kurus tanpa kurang dan melampau.
- Hadith 3 perkara - akan diberi kemanisan iman
- Ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi boleh digunakan sebagai tambahan untuk pengukuhan
(tathabbut) jika tidak bertentangan dengan syarak dan ianya tidak ditolak secara mutlak
- Sumber hukum syarak mestilah bersih dan tidak bercampur aduk dengan perkara zann dan
khurafat.
DASAR KEEMPAT
Setiap tangkal, jampi, pelindung, tilikan (tahu dimana barang tersembunyi), tenung, pengakuan mengetahui perkara ghaib dan semua yang seumpama dengan perkara ini adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi; kecualilah jika ianya adalah daripada ayat Al-Quran atau jampi yang ma'thur
- Semuanya haram dengan dalil (Yunus:17), (Furqan:3)
- Kenapa diharamkan? Hanya Allah yang berkuasa dan tahu perkara ghaib/ membersihkan
Akidah dan fikiran
- Jampi dengan ayat Quran harus dengan 3 syarat
1) Quran atau nama-nama Allah
2) Dengan bahasa arab dan difahami ertinya
3) Tidak mempercayai jampi itu boleh memberi kesan
- Tangkal dengan ayat Quran - khilaf ulama
DASAR KELIMA
Pendapat Imam (ketua) dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas atau pada perkara yang mempunyai banyak andaian dan pada masalah "masolih mursalah"; hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf, dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa melihat kepada rahsianya. Sedangkan asal dalam perkara adat pula hendaklah dilihat kepada rahsia rahsia, hikmat dan tujuannya
- Siapakah imam dan siapa naibnya
(apakah hak hak imam dan naibnya?)
(apakah sifat dan ciri ciri seorang imam?)
- Apakah lapangan yang perlu dipakau pendapat imam: tiada nas (ummul walad) perkara yang
mempunyai banyak andaian/pilihan (tawanan perang) masolih mursalah
- Mengapa perlu dipakai pendapat imam dalam masalah di atas?
- Mengelakkan pertelingkahan dan perpecahan ummat/jamaah
- Ditolak pendapat imam jika bertentangan dengan nas
- Imam boleh menukar pandangannya berdasarkan zuruf,masa dan keadaan
- Asal dan ibadah dan asal dan adat.
DASAR KEENAM
Setiap orang bileh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata orang yang maksum i.e. Rasulullah s.a.w. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunnah hendaklah diterima. Jika tidak bertepatan dengan nas, maka nas Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka kerana perbezaan pandangan mereka. Kita serahkan semuanya kepada niat masing mashing kerana mereka telah memberi saham dengan apa yang telah mereka lakukan.
- Semua manusia melakukan kesilapan (Najm:2)
- Sikap kita terhadap pandangan ulama ulama salaf - diperiksa dengan Al- Quran dan hadith
untuk diterima atau ditolak. Ulama Ulama besar sendiri menyuruh menolak kata-kata mereka
- Adab dengan ulama Waris Nabi-Nabi
(tidak boleh memburukkan ulama kerana pandangan merka
(boleh mencari kebenaran dan menyatakan kesilapan mereka dengan baik.
DASAR KETUJUH
Setiap muslim yang tidak boleh sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furu' hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi elok bagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang disertai dengan dalil jika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu. Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada dirinya sekiranya dia dari kalangan ahli ilmu sehinggakan dia sampai kepada peringkat Ahli- Nazar (mampu memahami hukum dari sumbernya)
- Ijtihad hanya harus bagi yang mampu dan taqlid bagi yang tidak mampu
- Keperluan mengetahui dalil setiap dari amalan yang dilakukan agar merasai hubungan dengan
Allah dan Rasulullah s.a.w.
- Perlu menerima nasihat untuk beramal jika nasihat disertai dengan dalil walaupun kadangkala
bercanggah dengan amalan biasa.
DASAR KELAPAN
Perselisihan pendapat dalam perkara furu' fekah tidak sepatutnya menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ia membawa kepada perbalahan dan kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah secara bersih dalam masalah yang diperselisihkan ini jika dilakukan dalam suasana kasih mengasihi kerana Allah dan bantu membantu untuk sampai kepada satu hakikat dengan syarat tidak membawa kepada perbahasan cara buruk dan perasaan ta'asub.
- Tujuan: sikap yang betul dalam menghadapi masalah perbedaan pendapat
- Perselisihan mesti akan berlaku tetapi kasih sayang sesama Islam lebih penting dari berada
atas satu pendapat.
- Sesiapa boleh mengikut mana-mana pendapat Imam selagi tujuannya untuk mematuhi
perintah Allah.
- Bahaya penyakit ta'asub (apa yang dikatakan ta'asub/bila perlu ta'asub)
- Perbedaan pendapat dalam masalah dakwah dan timbul pelbagai cara.
- Penyelesaianba ialah kaedah Ulama: Kita bertolong menolong dalam perkara yang kita
sepakat dan kita bermaaf-maafan dalam perkara yang diperselisihkan.
DASAR KESEMBILAN
Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang berlaku, membahaskan makna ayat Al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan melebihkan antara sahabat-sahabat r.a. dan pertentangan yang berlaku antara mereka. Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah s.a.w. dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan perkara boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.
- Kepentingan waktu terutama bagi Muslim (Al-Asr)
- Muslim mesti menjaga waktu pada perkara yang bermanfaat sahaja dan mempelajari ilmu
yang bermanfaat.
- Pembahagian ilmu
a) Ilmu yang disuruh dan digalakkan (Fardhu Ain dan Kifayah)
b) Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb)
c) Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera, nujum dsb)
- Larangan duduk bersama orang berbincang kosong (6.68)
- Bani Israel dikutuk Allah kerana banyak berbahas (Kisah Lembu 2:67-73)
- Allah bawa cerita lain bila ditanya perkara tidak berfaedah (Kisah anak bulan 2:189)
- Contoh perkara tidak membawa kepada amal (pencirian orang gua, apa bahasa Nabi Sulaiman
a.s. bercakap dengan Hud Hud, apa nama pokok Nabi Adam a.s, dimana ibu dan bapa Nabi
s.a.w. - syurga atau nerka dll)
- Adab berjidal (berbahas): Jidal asalnya dilarang (Hadith: Tidak sesat umat selepasku setelah
mendapat hidayah melainkan kerana mereka suka berbahas).
- Boleh dengan syarat
a) untuk belajar
b) menghidupkan imi untuk beramal
c) jauh dari Riya'
- Tidak membicarakan mengenai Qadar
(Kisah Nabi Isa a.s. dengan iblis)
(Kisah Umar dengan pencuri
- Tidak memperkatan perbezaan antara sahabat Nabi s.a.w.
- Allah telah membersihkan tangan kita dari darah mereka maka jangan mengotorkan lidah
kita.
DASAR KESEPULUH
Mengenal Allah Ta'ala, bertauhid kepada Nya dan membersihkan Nya dari sebarang kekurangan adalah akidah Islam yang paling mulia. Mana-mana ayat dan hadith sahih yang menceritakan sifat Allah dan penyerupaan yang layak dengan Nya, kita beriman dengannya sepertimana datangnya ayat itu tanpa takwil dan ta'til. Kita juga mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperlisihkan oleh ulama mengenai perkara ini. kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Firman Allah yang bermaksud; "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama berkata: kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami" (Al Imran)
- Semua amal solih diterima bergantung kepada usul Aqidah yang betul
- Aqidah adalah sebagai pembina/perubah hidup bukan ilmu istilah yang dihafal
- Iman hendaklah teguh tidak berganjak (49:15) dan dituruti dengan kepatuhan (4:65)
- Asal kelahiran ilmu tauhid secara istilahi/mantiqi/falsafi adalah hanya untuk menolak
golongan ahli Falsafah yang menyeleweng (Qadariah, Jabariah, Mu'tazilah, Juhmiyyah dll)
- Sifat-sifat Allah menyebutkan bahawa Allah menyerupai makhluk hendaklah diserahkan
kepada ALlah dengan keyakinan
1) tidak ada yang menyerupainya (42:1)
2) ilmu makhluk tidak boleh mencapai hakikat sifat Allah (20:110)
- Akidah mempunyai usul yang tidak boleh diperselisihi (wujud Tuhan, sifat2 di dalam Quran)
dan Furu' (cabang yang boleh diperselisihi - Nabi s.a.w. melihat Allah, orang mati mendengar
doa orang yang hidup, Mi'raj dengan roh dan jasad dll)
DASAR KESEBELAS
Setiap perkara bid'aah dalam Agama Allah yang tidak ada asalnya walaupun dipandang elok oleh orang ramai dengan nafsu mereka tidak kira samada dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, semuanya adalah perkara sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari itu.
- Makna bid'aah: Cara yang direka dalam agama
- Hadith melarang bid'aah (haram dan berdosa besar)
- Syarat bid'aah yang ditegah
1) dalam agama (boleh bid'ah da;am perkara dunia)
2) tiada asal langsung dari syarak (jika ada - khilaf ulamak)
- Cara menegah sesuatu bid'ah: tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk
(Ibnu Taimiyyah dengan orang Tatar)
DASAR KEDUA BELAS
Perkara bid'ah tambahan dan pengurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan. Setiap ulama' mempunyai pandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan dalil dan bukti.
- Jenis jenis bid'ah
1) Bid'ah hakiki (perkara dalam agama yang tiada asal langsung)
2) Bid'ah tambahan (ada asalnya atau disyarakkan tetapi dibuat penambahan padanya
eg selawat selepas azan, baca Kahfi kuat hari jumaat, zikir bersama sama lepas solat.
3) Bid'ah Tarkiyyah (meninggalkan sesuatu yang halal dan menganggap ianya kebaikan dalam
agama (tidak berkahwin, tidak memakan daging)
- Iltizam dengan ibadah yang mutlak (wajibkan ibadan dengan bilangan dan pada waktu
tertentu
- Paling baik - ikut Sunnah
DASAR KETIGA BELAS
Mencintai, menghormati dan memuji orang orang yang soleh kerana amalam kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah ialah orang-orang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggap bahawa mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan kemanfaatan untuk diri mereka sendiri di kala hidup atau mati apatah lagi dapat memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.
- Allah memuji orang yang baik
- Hadis ketiga kemanisan iman
- Siapakah wali (Yunus:62-63)
- Keramat: usul akidah adli sunnah wajin percaya ada keramat untuk wali.
DASAR KEEMPAT BELAS
Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi hendaklah dengan caranya yang ma'thur. Namun begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun siapa dia), meminta tunaikan hajatnya darinya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, membina perkuburan dan menerangkan kubur mereka, menyapu-nyapunya, bersumpah dengan selain dari nama Allah dan sebagainya adalah perkara bid'ah yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan perkara-perkara ini bagi menyekat daripada keburukan (Saddu Al-Zara'i)
- Ziarah kubur adalah digalakkan kerana faedah: ingatkan akhirat, kematian, menjauhi
kemungkaran,
- Sama sahaja kubur sesiapa-baik dan jahat-sunat menangis bila lalui kubur orang zalim
(hadith lalui kaum Thamud)
- Adab ziarah (beri salam dan berdoa)
- Meminta tolong hanya boleh kepada Allah
- Perkara yang haram berkaitan kubur: meninggikan kubur/memasang tirai/menyalakan
lampu/menyapu nyapu
DASAR KELIMA BELAS
Doa kepada Allah yang disertai dengan tawassul dengan seseorang dari makhluk temasuk dalam masalah khilaf furu' dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah
- Maksud Tawassul
- Boleh bertawassul dengan Al-Quran,amalan yang baik dan nama-nama Allah
DASAR KEENAM BELAS
Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib kita berjaga-jaga dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek perkara dunia dan juga agama. Yang diambil kira pada sesuatu ialah apa yang dinamakan dan bukan nama-nama yang diberikan
- Syariat adalah rujukan dan bukannya adat dan uruf. Uruf adalah adat yang betul dan boleh
diterima
- Setiap orang mesti mengetahui hakikat sesuatu dan bukan terpengaruh dengan nama.
- Hadith (...akan ada orang menghalalkan arak dan menamakan dengan nama yang lain)
- Istilah-istilah kemajuan, budaya, seni, faedah bank, persaudaraan dll.
DASAR KETUJUH BELAS
Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari amalan anggota luar. Mencari kesempurnaan dalam keduanya (amalan zahir dan hati) adalah dituntut oleh syarak walaupun terdapat perbezaan darjat tuntutan ini.
- Iman dan akidah penentu penerimaan amalan
- Hadis hati
- Amalan hati lebih afdhal. Maksiat juga adalah sebaliknya
DASAR KELAPAN BELAS
Islam telah membebaskan akal dan menggalakkan supara memerhatikan alam ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulama' dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. "Hikmah (wisdom) itu adalah barang yang hilang dari mukmin dan sekiranya dia menjumpainua, maka dialah orang yang paling berhal dengannya."
- Islam bebaskan akal dari khurafat dan karut marut
- Islam juga menolak taqlid buta (2:170) dan mengikut hawa nafsu
- Nas syarak banyak menyuruh memerhatikan alam
- Islam menggalakkan ilmu dan menuntutnya
- Hikmah (maksudnya dan tugas kita)
DASAR KESEMBILAN BELAS
Kadang-kala pandangan syarak dan pandangan akal membicarakan bidang yang sama tetapi keduanya ini tidak mungkin akan berselisih dalam perkara yang pasti (qat'ie). Hakikat ilmiah (sains) yang sahih tidak sekali-kali akan bertembung dengan kaedah syarak yang telah tetap. Perkara yang dzan (belum sampai tahap pasti 100%) pada keduanya perlu ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang "dzan", maka pandangan syarak adalah lebih patut dipakai hinggalah perkara Aqli tersebut bertukar menjadi thabit atau akan terbubar.
- Maksud pandangan syarak dan pandangan akal (aqli)
- Ada perkara-perkara yang biasanya tidak dibincang oleh akal kadang-kadang disentuhnya.
- Cara penyelesaian bila berlaku pertentangan antara pandangan akal dan pandangan syarak.
- Erti Zanni dan Qat'ie
DASAR KEDUA PULUH
Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhuny semata-mata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukannya kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang tersangat maklum asas agama, ataupun mendustakan Al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang tidak dapat diterima oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur.
- Mengkafirkan seseorang peribadi tanpa pasti adalah bahaya kepada pelaku dan dakwah
- Ibnu Taimiyyah: "Sesiapa yang yakin Islamnya, tidak akan kufur dengan syak..."
- Sebab-sebab boleh bawa kepada kufur- -> 5
- Hassan Hudaibi: "Kita dai (pendakwah) bukan penghukum..."
No comments:
Post a Comment